Berikut adalah bayaran yang dikenakan untuk pendaftaran perniagaan:
Perniagaan milik tunggal menggunakan nama peribadi mengikut kad pengenalan – RM30
Perniagaan milik tunggal dan perkongsian menggunakan nama dagang – RM60
Pendaftaran cawangan – RM5 setiap cawangan
Salinan sah Maklumat Perniagaan Baru – RM10
Pendaftaran Perniagaan.
1. Cara untuk memperbaharui Sijil Perakuan Pendaftaran Perniagaan
Mengikut seksyen 5A(1) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 - Suatu permohonan bagi pembaharuan pendaftaran perniagaan hendaklah dibuat di dalam borang dan cara yang ditetapkan kepada Pendaftar dalam masa tiga puluh hari sebelum tarikh tamat pendaftaran atau pembaharuan terdahulu.
Mengikut Kaedah 5(1) Kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957 - Suatu permohonan bagi pembaharuan pendaftaran perniagaan hendaklah dalam Borang A1.
Pemohon hendaklah memajukan Borang A1 yang telah lengkap diisi beserta bayaran seperti yang ditetapkan di Jadual 19 Kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957.
2. Cara untuk mendaftar perniagaan
Mengikut seksyen 5A(1) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 - Orang yang bertanggungjawab bagi suatu perniagaan hendaklah, tidak lewat dari tiga puluh hari dari tarikh permulaan perniagaan itu, memohon kepada Pendaftar bagi pendaftaran perniagaan itu.
a. Jika pemohon menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan bagi nama perniagaan :-
- Pemohon tidak perlu memohon kelulusan nama perniagaan;
- Pemohon hendaklah menigisi dan melengkapkan Borang A (Pendaftaran Perniagaan Baru)
- Pemohon hendaklah menyertakan salinan kad pengenalan
- Bayaran adalah sebanyak RM30.00 sahaja.
b. Jika pemohon menggunakan nama tred sebagai nama perniagaan :-
- Pemohon hendaklah membuat permohonan kelulusan nama perniagaan di Borang PNA 42.
- Jika nama perniagaan telah diluluskan, pemohon hendaklah mengisi dan melengkapkan Borang A (Pendaftaran Perniagaan Baru)
- Pemohon hendaklah menyertakan salinan kad pengenalan/surat kebenaran dari Agensi Kerajaan (jika berkenaan) dan
- Bayaran adalah sebanyak RM60.00 sahaja.
3. Borang-borang yang digunakan untuk membuat perubahan alamat perniagaan dan menambah jenis perniagaan
a. Pemohon hendaklah mengisi Borang B1 bagi perubahan alamat utama perniagaan dan bayaran pendaftaran adalah sebanyak RM20.00
b. Pemohon hendaklah mengisi Borang B2 bagi perubahan jenis perniagaan dan bayaran pendaftaran perniagaan adalah sebanyak RM20.00 sahaja.
4. Perniagaan perkongsian menukar statusnya kepada milik tunggal
Perniagaan perkongsian boleh menukar statusnya kepada milik tunggal dengan mendaftarkan perubahan berkenaan di Borang B4 dengan bayaran sebanyak RM20.00 sahaja.
5.Jumlah bayaran untuk perniagaan milik tunggal dan perniagaan perkongsian?
a) Bayaran pendaftaran perniagaan bagi perniagaan milik tunggal yang menggunakan nama perniagaan seperti yang terdapat di kad pengenalan adalah sebanyak RM30.00 sahaja
b) Bayaran pendaftaran perniagaan bagi perniagaan milik tunggal yang menggunakan nama tred adalah sebanyak RM60.00 sahaja
c) Bayaran pendaftaran perniagaan bagi perniagaan perkongsian adalah sebanyak RM60.00 sahaja


Tiada ulasan:
Catat Ulasan