Peruncitan di Malaysia dahulunya merupakan perniagaan tempatan yang kebanyakannya dijalankan oleh orang tempatan sendiri. Kini ia semakin berubah akibat kehadiran satu bentuk perniagaan antarabangsa yang di dominasi oleh warga asing
Peruncitan di Malaysia sedang mengalami dua perubahan yang besar. Perubahan pertama adalah perubahan daripada pasar raya dan kedai kecil kepada pasar raya besar. Kedua adalah pencerobohan syarikat-syarikat daripada barat dengan kemahiran, teknologi dan budaya untuk melaksanakan gedung besar
Definisi Peruncitan
- Himpunan aktiviti perniagaan yang menambah nilai kepada produk dan perkhidmatan yang dijual kepada pelanggan untuk penggunaan peribadi dan keluarga
- Satu bahagian penting dalam sistem pengedaran yang menghubungkan pengeluar dengan pengguna.
- Tanpa peruncit, pengguna tidak dapat menikmati sesuatu barangan atau perkhidmatan manakala pengeluar pula akan menghadapi masalah memasarkan barangan atau perkhidmatan mereka.
- Peruncit merupakan golongan terakhir bagi memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan dengan membekalkan barangan dan perkhidmatan.
Untuk nota bab 1 Peruncitan klik untuk muat turun


Tiada ulasan:
Catat Ulasan